Tuesday, April 19, 2016

DEFINISI MAKANAN TRADISIONAL


  • Makanan Tradisional adalah makanan yang biasa didapati oleh masyarakat, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut.
  • Masyarakat Malaysia umumnya amat diyakini khasiatnya dan aneka makanan tradisional seperti kuih lapis, kuih bahulu, roti canai dan sebagainya.
  • Makanan Tradisional juga mengandungi khasiat dari segi positif yang lain seperti :- 
           - Bahan-bahan yang bervitamin
           - Berzat tinggi
           - Serat murah dan mudah serta sesuai dengan selera masyarakat di Malaysia


CONTOH MAKANAN TRADISIONAL



KUIH LAPIS


NASI LEMAK


SATAY


KUIH BAKUL


CAPATI


LEMANG


ROTI CANAI


KUIH BAHULU

1) KUIH LAPIS

  • Kuih Lapis merupakan sejenis kuih yang terdapat di Malaysia.
  • Kuih ini terdiri daripada beberapa lapisan dan boleh didapati didalam pelbagai warna namun warna merah jambu dan putih adalah warna tradisional.
  • Kuih Lapis juga merupakan salah satu makanan ringan yang bersaiz kecil dan merupakan makanan pencuci mulut yang biasa di temui di Malaysia.

2) NASI LEMAK

  • Nasi Lemak merupakan makanan tradisi bagi orang Melayu yang digemari ramai masyarakat Malaysia.
  • Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian di Malaysia dan juga Singapura.
  • Di Indonesia, Nasi Lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutamanya di Riau, Jambi dan Sumatera Utara.

3) SATAY

  • Satay adalah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi.
  • Secara khususnya, satay dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan bakar dengan menggunakan api dan arang kayu.
  • Selain satay lembu dan ayam yang paling popular, terdapat beberapa jenis satay lain yang dijual antaranya :-
               - Satay Arnab
               - Satay Perut
               - Satay Pedal
               - Satay Kerang
               - Satay Ikan 
               - Satay Ampai - Ampai

Disqus Shortname

Comments system